Showing posts with label Defect list. Defect inspection. Show all posts
Showing posts with label Defect list. Defect inspection. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

Progress on Defect Rectification

Defect rectification memang slow. Aku dah hanget, terus bangun awal2 pagi buta menaip surat complain kat CEO, COO dgn Management team diorang. Alhamdulillah ada significant response dari pihak diorang dan mula la mereka cipta cerita. Aku memang takkan recommend korang beli dengan Uda Land sebab quality wise memang teruk. Finishing was done poorly, workmanship performed mcm orang yang tak professional langsung. To add more misery to our case, Manager diorang pon sangat tak professional nk attend complaint.

Discuss pasal uneven tiles dalam toilet
Hollow tiles
Ni gambar masa kami datang dengan representative dari developer office as well as diorang punya contractor. Katanya, contractor ni akan ambik alih dari contraactor lama sebab yang lama tak perform. Semua ni alasan ajer, aku tak percaya langsung. Oversight dgn monitoring tak dibuat oleh management, memang takkan jalan kerja tu. Abg ipar aku yang banyak bagi diorang headache. Hahaha..

Uneven tiles/ Tile yang tak level
Tile colour code yang lain
Hollow tiles
Poor finishing
Poor finishing 
Different colour

Tips : Once dah lodge complaint, please follow through complain korang anf\d make sure diorang adhered to the timeline. Kalau tak, submit official complaint and ugut nk rectify sendiri as per term and condicition dalam Sale and Purchase agreement.

Monday, February 10, 2014

Kitchen Cabinet (under REnovation)

Kami dah decided untuk pecah toilet di bahagian dapur untuk memberi lebih ruang untuk Kitchen area. The same goes to our Master Bedroom Balcony, di dalam bilik tidur utama yang ada sliding door. Kami decided untuk extend area untuk beri ruang yang lebih untuk katil dan almari nanti.

View dari balcony living hall
Humyra syok main
Sliding/Balcony bilik tidur utama
Progress memecah memang cepat, cuma defect rectification yang dibuat oleh developer memakan masa yang agak panjang. Untuk pengajaran, aku sarankan korang lebih berhati-hati bila dealing dengan Developer sebab diorang memang xleh nk tunaikan janji. By the way, developer aku UDA Land, a prominent company dalam bidang housing, tapi kerja diorang sangat teruk, bermacam-macam alasan diroang guna untuk delay progress work.

Toilet di bahagian dapur yang dah diremovekan
Master bedroom

Tuesday, February 4, 2014

Checklist Rumah Baru atau Defect Inspection

Once dah dapat kunci tu, make sure to check the defect la. New house memang ada problem nie. Tambah2 dgn problematic and political developer ni. Nanti korang tau ape yang aku maksudkan nie. Normally, inspection ni dibuat bersama dgn representative dari developer’s office. Korang akan diberi forms to list out details of defects yang korang nk complaint. Tips: bawak tablet la, senang nk ambik gambar and terus tag and edit dalam tu. Kalau tidak, bawak camera, selotape – ada bnyk jenis, make sure ambik 2/3 jenis yang berlainan adhesive level so that bila korang lekat kat dinding xde la tertanggal cat tu, untuk yang strong sket korang letak untuk tile and window/frame/sliding, bawak marker pen, pen, kayu, test pen, mentol dgn e27 casing with wire, baldi, lampu picit/handfon ada function nk suluh. Ambik gambar semua defects and tag them all.
  1. Metol lampu tu nk  tgk leveller kat wall, pasang 2/3 lampu then datang malam, tgk mcm mana wall levelling. Bila mlm korang dapat tgk kalau wall yang xlevel, kalau xlevel sila buat complaint
  2.  Curah air, then korang test untuk tile levelling. Kalau air bertakung tu, memang tile tu tak level la.
  3. Masa basuh tile ni jugak, korang dapat detect kalau ada chipping tiles. Crack tiles sebab kalau xbasuh memang xjelas sgt.
  4. Masa basuh jugak, ambik kayu yang dah dibawa tu, ketuk2 la setiap penjuru tile tu to ensure that there is no hollow tiles. Hollow tile ni bunyi lain sket, so kalau dah detect tu, maksudnya diorg tak levelkan simen bawah tile tu.
  5. Make sure checked tangki simpanan air korang, kalau berani tu, ambik tangga naik le ke atas tu, tgk kalau ada tikus mati ke, kotor ke, besi peninggalan contractor dalam tank tu ke, batu bata dalam tu ker, bangkai binatang ke.
  6. Test semua lubang perparitan kat umah, bukak jer air tu semalaman. Air murah jer, mugkin tersumbat sebab contractor dah tertuang simen atas tu, pasir blok ker, serpihan batu yang diorang buang dalam tu ke.
  7. Make sure kunci semua berfungsi dengan baik, kalau ada crack kat dinding tu tanda.
  8. Check kat are bawah each switch, kadang2 contractor tak plaster dengan cantek.
Contohnya mcm nie. Complain mana yang korang buleh complaint.