Tuesday, February 11, 2014

Progress on Defect Rectification

Defect rectification memang slow. Aku dah hanget, terus bangun awal2 pagi buta menaip surat complain kat CEO, COO dgn Management team diorang. Alhamdulillah ada significant response dari pihak diorang dan mula la mereka cipta cerita. Aku memang takkan recommend korang beli dengan Uda Land sebab quality wise memang teruk. Finishing was done poorly, workmanship performed mcm orang yang tak professional langsung. To add more misery to our case, Manager diorang pon sangat tak professional nk attend complaint.

Discuss pasal uneven tiles dalam toilet
Hollow tiles
Ni gambar masa kami datang dengan representative dari developer office as well as diorang punya contractor. Katanya, contractor ni akan ambik alih dari contraactor lama sebab yang lama tak perform. Semua ni alasan ajer, aku tak percaya langsung. Oversight dgn monitoring tak dibuat oleh management, memang takkan jalan kerja tu. Abg ipar aku yang banyak bagi diorang headache. Hahaha..

Uneven tiles/ Tile yang tak level
Tile colour code yang lain
Hollow tiles
Poor finishing
Poor finishing 
Different colour

Tips : Once dah lodge complaint, please follow through complain korang anf\d make sure diorang adhered to the timeline. Kalau tak, submit official complaint and ugut nk rectify sendiri as per term and condicition dalam Sale and Purchase agreement.

Monday, February 10, 2014

Kitchen Cabinet (selection of Tile)

Initial plan kitorang nk beli tile di Houz Depot, memang matching habis. Ni ada few sample yang ku snap. Ikut survey yang aku buat, Houz Depot memang carry branded tiles jugak at lower then market kalau ada Sale. But unfortunately disebabkan budget constraint terpaksa kami mengubah selera ke tempat lain.
Feruni @ Houz Depot
Tile untuk kitchen kami, kitorang beli di area Kajang, sekitar Jalan Reko with a remarkable mark down price. Kitorang dapat harga yang agak murah untuk ni. Aku rasa berbaloi gi sana beli. Buleh berjam2 pilih tile kt kedai nie sebab everything under 1 roof. Most of the kedai tiles we have visited akan jual murah kalau ada stock, kalau xde stock price akan mahal sebab diorng kena reorder. Korang nk yang China made, India made, Indon made atau Malaysian made, semua ada. Try to negotiate untuk dapatkan harga murah sket, kalau nk beli bnyak diorg ada provide delivery service with a minimum fees, kalau tak salah aku RM30 kot. Sila retained receipt in case kalau nk tambah lagi tile with special price buleh tunjuk receipt lama, then diorg akan bagi price yang sama.
Tip : kalau nk survey tu, better tanya stock level position sekali.

Banyak gile pilihan
Pilihan kami





Kitchen Cabinet (under REnovation)

Kami dah decided untuk pecah toilet di bahagian dapur untuk memberi lebih ruang untuk Kitchen area. The same goes to our Master Bedroom Balcony, di dalam bilik tidur utama yang ada sliding door. Kami decided untuk extend area untuk beri ruang yang lebih untuk katil dan almari nanti.

View dari balcony living hall
Humyra syok main
Sliding/Balcony bilik tidur utama
Progress memecah memang cepat, cuma defect rectification yang dibuat oleh developer memakan masa yang agak panjang. Untuk pengajaran, aku sarankan korang lebih berhati-hati bila dealing dengan Developer sebab diorang memang xleh nk tunaikan janji. By the way, developer aku UDA Land, a prominent company dalam bidang housing, tapi kerja diorang sangat teruk, bermacam-macam alasan diroang guna untuk delay progress work.

Toilet di bahagian dapur yang dah diremovekan
Master bedroom

Hong KOng Part 3

1st day di Hong Kong, kami cuma scout around je dulu and familiarized dengan environment sebab cuaca agak sejuk sepanjang duration kami di sana. Tambah-tambah kalau ada budak kecik, risau body dia xdapat nk adapt dgn perubahan cuaca nie.

Surrounding parameter Hotel kami
My lovely assistant Captain
MRT service diorang memang efficient dan most of the places yang ada tourist attraction korang buleh sampai. However, kami ada masalah besar dengan efficiency Lift servicing most of the MRT's station. Memang slow dan lembab beb. Kami tunggu lama untuk naik/turun lift di mana2 stesen MRT nie. Kalau bukan disebabkan stroller memang xnaik dah Lift ni. Untuk makluman, kebanyakkan pedestrian walkway yang connecting underground MRT takde escalator atau lift, cuma tangga sahaja, so korang kena la usung stroller tu naik/turun halfway down. Lebih sukar kalau anak dah tidur. Hahaha. So make sure fit enough nk mengangkat stroller dgn budak di dlmnya. Hahah.

MRT map
Heritage 1881
Since our objective untuk scout around and testing MRT diorang, kami decided ke Star Ferry Pier naik Ferry ke Hong Kong Island pagi ni. On the way ke pelabuhan ni, kami singgah sekejap di kawasan Heritage 1881. Nothing much kat sini, sebab aku xminat sangat. Hahaha. My wife jer minat sebab ada bunga, so dia ambik la gambar kat sini.

Surrounding area ke Star Ferry Pier
Star Ferry Pier Harbour
Star Ferry Pier :
Attraction : Experience naik ferry sambil layan pemandangan superb Hong Kong.
Direction : Naik MTR ke Tsim Sha Tsui. Exit L6. Plenty of signage, sure korang xkan sesat. Dari exit tu, terus menghala ke Heritage 1881, melalui kawasan menara jam dan Hong Kong Theater.

Notes : 
  1. Kat sini ada banyak packages, korang buleh survey nak naik yang mana satu. Yang pusing semua tempat, yang ada candle light dinner atas tu, yang serve tea sahaja and etc. Bagi aku, dah memadai naik ferry biasa.
  2. Sebaik korang sampai di Star Ferry Pier, korang ada options nk ke Central atau Wan Chai (both places di HK Island).
  3. Perjalanan dari TST (Kowloon) ke Central dalam 10-12 minute jea and kalau ke Wan Chai tambah dlm 3 to 5 minutes, ride on the Star Ferry costs HK$2.50 for Adults, HK$1.50 for children on weekdays and HK$3.40 and HK$2.10 on weekends and korang buleh bayar guna Octopus Card. 
  4. Operating hour start from 7.20am until 10pm.
Tip 1: Korang buleh layan Symphony of Light pukul 8 malam naik ferry dan ferry akan stop di tengah2 untuk beberapa minutes (tapi fact ni aku xsure, ada blogger yang share mcm nie). Anyway, korang buleh checked kat sana nanti.

Excited naik Ferry
Kami memilih untuk ke Central. Once sampai Central, dari sana korang buleh naik Big Bus yang ala-ala Hop-In-KL. Bus ni akan round2 area HK Island. Rasa rugi pulak xnaik. Anyway, dari Central Harbour kami berjalan ke International Finance Centre (IFC). Tempat ni more or less mcm big shopping mall la jugak. Ada MAC store yang besor giler, tapi kami xmasuk pon sebab tak berminat.

MAC store
Sekian untuk posting hari ni.. 
Roger out.. sign-off..






Sunday, February 9, 2014

Hong Kong Part 2

Perjalanan dari HKIA ke HOtel Metropark, Mongkok is about 30-40 minutes kalau ambik bus and off peak hour. Kami pilih naik Bus City Flyer (A21) sebab murah and paling convenient sebab bus ni stop betul-betul depan Hotel kami. So, xperlu nk usung luggage naik MRT atau charter taxi yang agak mahal di Hong KOng nie. Direction ke Bus terminal di HKIA sila rujuk direction bawah nie.

Direction to Bus Terminal at HKIA
Useful info :

  • Bus City Flyer operate untuk destinasi HKIA ke/dari City Centre. 
  • Sila ambik Bus A21/N21/N21A yang akan melalui route nie (Lantau Link Toll Plaza, Hoi Lai Estate / AquaMarine, Sham Shui Po (Nam Cheong / Fu Cheong), Tai Kok Tsui, Prince Edward, Mong Kok, Yau Ma Tei, Jordan, Tsim Sha Tsui / Hung Hom Station.
  • Harga untuk per way adalah HKD 33/person.
  • Sila bayar guna Octopus Card
  • Bus ni Double Decker and tempat simpan barang di area bawah dan di bawah pengawasan CCTV yang terpapar dari skrin tempat duduk atas. So, korang ada peace of mind bila duduk atas bus sebab buleh monitor barang dari tempat duduk atas bus.
  • Bus ni akan buat announcement destinasi perhentian dan sila alert. Korang xperlu nk tekan loceng.

Alhamdulillah, we arrived safely kat Hotel Metropark, Mongkok. Feedback on hotel, memang selesa untuk family of 3 to 4 persons. Spacious place untuk ruang sembahyang dan untuk budak2 bermain. Toilet pon agak besar cuma view jer kurang menarik. Nearest MRT station adalah stesen Prince Edward dalam 5 minutes walk je dan environment sekitar Hotel pon ok. Hotel ada provide international adapter, free WIFI internet, dan water heater.



Saturday, February 8, 2014

HOng Kong Part 1

Sambungan cerita Hong Kong dulu, flight kami schedule berlepas pada pukul 4 ptg and alhamdulillah xde sebarang masalah. Untuk parents yang bawak stroller naik flight AirAsia, jangan risau xde sebarang charges yang perlu dibayar as stated on their website. Cuma masa checked in luggage make sure suruh diorang tagged stroller tu sama. Korang dibenarkan bawak stroller tu sampai ke pintu flight, masa nk naik pesawat, lipat stroller then letak kat tepi tangga tu. Buleh mintak assistance dari flight attendance yang available. Travelling dari LCCT ke Hong Kong International Airport (HKIA) memakan masa 3 jam setengah. Some info pasal terms and condition untuk bawak stroller onboard of AA's flight korang buleh refer kat http://www.airasia.com/ask/search-templates.do.

Best dapat MILO di LLCT
Tips 1: Please avoid Hot Seat yang tak ada function nk decline back seat, ada tertulis kat notes masa korang nk beli nanti sebab memang xselesa kalau perjalan jauh mcm nie. Pingang terasa lenguh beb.
Tips 2: Prepare enough entertainment untuk budak2 sebab perjalanan agak jauh as for us kami beli meal and prepare games to occupy masa dalam flight.

Wife aku kata banyak aku beli
Peace - Enjoy the food - Alhamdulillah
Once touch down di HKIA, stroller korang buleh pick up di Belt Luggage area No. 1. Belting yang aku maksudkan ni adalah tempat beg bergerak pusing-pusing tu. Belt Luggage No. 1. Location no 1 ni di sebelah kiri sekali sebaik korang masuk area luggage pick up tu. Kalau xjumpa jugak, buleh ke luggage information counter di tengah2 area Belt Luggage tu.

Di HKIA korang buleh beli Octopus Card and Traveller's Sim Card:
1.   Octopus Card
What : Kad ala Touch N Go di HK yang cover most of the public transportation di sana. 
Why : Sebab memudahkan transaction and jimat masa, xperlu nk beratur nk beli ticket and prepare duit naik bus. 
Where to buy : Touch down di arrival hall HKIA terus ke Level 5, cari kaunter Airport Express. Tanya customer representative yang ramai kat situ.
Price : HKD 150 for adult & HKD 70 for child, HKD 50 as deposit, balance HKD 100 (for adult). Top-up at any information counter di MTR station or 7-Eleven. Card ini boleh refund at any MTR information service centre. Top-up siap2 HKD100 each.
2.   Traveller’s Sim Card
What : Sim kad untuk communication/surf internet/watsapp
Why : Xperlu roaming, jimat cost and sebagai tourist guide korang untuk guide masa sesat nanti.
Where to buy: Touch down di arrival hall HKIA terus ke Level 5, naik lift ke Departure Hall (Level 7). Cari kedai 1010. Signboard mobile company ni ala2 DIGI sket sebab corporate colour dia yellow and easily notice.
Harga : HKD 88 untuk satu simcard. HKD 78 akan ditolak directly untuk bayaran internet for 7 days unlimited access. Balance prepaid HKD10. 

Tips 3: Untuk kids, kalau korang plan nk bawak stroller jalan2, xpayah top-up banyak sebab budak2 yang duduk dalam stroller naik MRT free of charge. Dah tested and yes it works. Cuma korang kena usung stroller la.
Tips 4: Xpayah beli banyak2 travellers sim card tu, beli 1 then buat wifi hot spot untuk 3-4 devices.






Thursday, February 6, 2014

Hong Kong Trip 2014

Alhamdulillah, our Hong Kong trip was a successful vacation trip. HAHAHA. For the background, kami terbeli (terbeli ke?) flight ticket ke Hong Kong last year during sale by AirAsia. Ticket for 3 persons (2 Adults and 1 Children) RM1,200. Murahkan? Added up few hundreds untuk luggage, meal and hot seat jadi la RM1,600. As for the info, we are travelling with our 3years old kid and disebabkan ada budak kecik, we decided to prolong duration to stay in Hong Kong sebab tak nak rushing sangat. Posting ni untuk sedikit perkongsian pengalaman kami ke Hong Kong last month (January 2014). I will listed all the tips which will definitely menolong korang yang nk ke Hong Kong nanti.

Timeline planning ke Hong Kong
Tip 1: To facilitate plan vacation korang, tgk cuti umum China Mainland sebab kebanyakkan pelancong kat Hong Kong ni dari China tanah besar. Over the weekends memang ramai orang sana, hotel rate pon akan slightly mahal then normal. Tempat2 attractions kat Hong Kong pon penuh dengan org sana. Cuba elakkan pergi masa cuti diorang.
Tip 2: Aku recommend gi masa awal tahun, slightly after New Year Eve sebab cuti sekolah dah habis, christmas dah habis, duit dah habis (HAHAHA). Orang pon dah kurang and weather pon best nk berjalan sebab dingin je. Kami suka cuaca dingin ni sebab nk berjalan selesa, xberpeluh.

Planning Before flying to Hong Kong
  1. Kiblat Compas – Buleh beli kat kedai buku agama (aku xpercaya sangat apps dalam smartfon)
  2. Makanan segera sebab di Hong Kong susah nk jumpa makanan yang halal
  3. Visa to Shenzen/Ghongzhou (kalau ada plan nk ke China) sebab di sana dah xleh nk apply visa
  4. Bawak lip balm - cuaca sejuk
  5. Baju sejuk – kami beli di Uniqlo kebanyakkannya. Kalau nk beli di HK pon ok, Cuma aku rasa harga xde la jauh beza.
  6. Download MRT map dlm smartfon korang siap-siap.
  7. Bawak ubat demam,batuk, selsema, travelers kit.
  8. Checked whether condition 1 week before fly at http://www.hko.gov.hk/contente.htm supaya dapat prepared suitable clothes nk pakai kat sana nanti.
Useful Tips for Hong Kong Travelers :
  1. Time differences di Hong Kong vs Malaysia – sama mcm M’sia cuma siang pendek, malam panjang.
  2. Bawak botol kosong – gunanya untuk berwudhuk, buang hadas, air minum sebab air mineral agak mahal di sana.
  3. Tissue – Bawak wet tissue untuk tunai hajat dan disposable cover toilet bowl.
  4. Masa shopping di Ladies Market atau Temple Street, prepare rate conversion table sebab Hongkie nie rasa offended bila kita keep on calculating depan diorg.
  5. Free wifi at MTR Central – so kalau korang memerlukan access internet, lepak di MRT Central dulu
  6. Certain hotel di Hong Kong ada provide luggage storage just for HKD10/hour/piece, tapi kena tnya hotel provider ni. Di area MRT Central pon ada Luggage storage area untuk HKD45/piece for 1st 3-4 Hours. In case korang sampai awal and bilik belum ready, buleh make use of this facility and start journey dulu. Masa tu xder la terbuang menunggu bilik ready.